Tamat Sudah...(10 hari)
Alhamdulilah.. sudah tamat juga akhirnya induction training ND selama 10 hari... walaupun tak duduk di hostel itu tapi kesusahan untuk bangun pagi-pagi sudah la berakhir untuk sampai ke tempat training tersebut dengan awal takut lagi lambat lagi jem perjalanan menuju kat cana .. (T T) ( tak de la pagi sangat kot hehhee) Bermula dari 7 June hingga la 17 June 2010 di jalan semarak. Nasib baik la para-para trainer itu tidak mendesak untuk bermalam di sana kerana tiada aktiviti pun pada sebelah malamnya cuma hanyalah kelas-kelas belaja sahaja pada waktu pagi, itu pun Hanya 22 orang aje yang terlibat untuk batch kedua kali ini. Agak kebosanan sedikit kelas-kelas yang dijalankan dengan bahasa -bahasa comunication , oh tidak benda tu juga la yang akan aku buat nanti time kerja .. walaupun ada perasaan kebosanan sedikit, ada sesetengah lecture yang memang kelaka habis la antaranya En Abd Wahab , En Meor dan lain-lain pandai dorang membuat kami tidak boring semasa kelas berlangsung ape pun memang besh .. para-para trainer memang memahami kami dengan memberi kebenaran untuk pulang awal walaupun kelas yang sepatutnya habis jam 5.30 ptg. Masa training aje la yang dapat balik awal .. (`,`) .. Selesai sudah 10 hari... pejam celik buka mata da 10 hari hehehee.. maka dengan rasminya esok kena masuk opis bekerja seperti biasa ...=)