Saturday, September 24, 2011
SELMAT HARI RAYA.
Tuesday, August 2, 2011
Sangat tidak paham aku dengan perangai segelintir orang.. macam2 perangai. Bila berbuat baik orang salah tafsir, tak berbuat baik pun orang tafsir. ni la manusia dan kehidupan. kadang2 memang susah mau jaga hati orang . kita ni hanyalah insan yang lemah yang mampu bersabar .. hati sendiri kena jaga sendiri.. makan hati pun sendiri kena tanggung. daa.. selamat berpuasa..
Monday, July 25, 2011
argghhhh TENCION...... terasa hidup macam dah tak bestt lagi... +++... nasib ada encik cayang untuk luahkan perasaan .. ha tu la dulu suh belaja betul3 main3 lagi.. ni la nasibnye.. hanya allah yang boleh kita mohon bantu insan yang lemah ni.. ..semoga allah memberi kesabaran kepada saya untuk hadapi semua ini.. ..
Monday, May 9, 2011
Kedah +Penang part 1
* geng pemanduan saya.. mr jep & mr cayang..
*Jalan jem rupenye..

*sempat posing dulu.. cakk..

* Comel tak kami b2.. =p

*Diantara yang geng kami yang datang sama

*SElamat pengantin baru milah..
*Geng sama2 belaja dulu bella, nana, ct & me..
*Rakan seperjuangan adtec ct, milah& nana..
rindu la zaman2 blaja dolu2...lepas ni dah tak macam dulu lagi .. semoga hubungan kita semua kekal abadi n tak kan pernah putus walaupun masing2 dah ada tanggungjawab lepas ni.. friends forever korang...
Mengdebabkan badan 29 aPriL 2011
date: 29/4/2011
korang sngat seronok la makan2 macam ni lepas ni kita boleh buat lagi yekk.. sampai dah tahap tak boleh nak masuk dalam perut dah.. memang kenyang habis .. moh le nengok gambo kat bawah ni yek..








p/s - korang2 sume best la.. lepas ni boleh buat tempat len plak ajak lagi ghamai2 besh punye.... jom makn... =p
nukilan speciaL buat MAK saya..
exspecially buat my mom.. Puan MADIHA JALALUDDIN..

saya rindu mak..
saya rindu masakan mak...
saya rindu cara mak didik saya..
saya rindu bersembang dengan mak..
saya rindu bergosip dengan mak..
saya rindu bebelan mak..
saya rindu semuanya tentang mak..
terima kasih kerana sudi melahirkan, membesarkan serta mendidik saya dengan penuh sabar sehingga besar ..
SELAMAT HARI IBU
;)
Thursday, April 28, 2011
Boleh berjAYA ke aku ni..
1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar muscle(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini
menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi
2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.
3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.
4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.
5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.
6. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula didalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.
7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.
8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.
9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.
10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.
11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.
12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.
13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.
14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet
15. Ambil makanan yang berempah Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.
16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.
17. SIMPAN SATU DIARI
Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.
18. TUMPUKAN PERHATIAN UNTUK SIHAT, BUKAN KURUS
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.
19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.
20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!
21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.
22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.
23. Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.
24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.
25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsingi. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif
iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah
v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. (mencantikkan kaki peha)
pehh korang ingat senang nak jadi selim melim macam muda-mudi dulu payah tuu..takpe belum cuba belum tau.. terasa macam dah temuk sangat nih.. aishh diet la ila
Monday, April 25, 2011
Saturday, April 2, 2011
Anuar Zain - Ku Berjanji Kerna Cinta [HQ]
Jom tangkap jiwang jap.. hihihi.. besh aw lagu nih..
Ku berjanji kerna cintaku
Ku berharap kerna kasihmu
Selamanya dan tak akan pernah berpisah
Sampaikan nanti
Kau selalu mengisi hariku
Dengan canda dan tawamu
Ku rasakan bahagiaku
Untukmu selalu
Lalalalala.......
lagu buat my cyunk *mohamad saiful ashnar*..sayang awakkkk ![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
Thursday, February 24, 2011
Have a good days,
salam n hai..I want to share one email I got from a writer of what is the meaning of love and marriage.. .. Renungan buat korang ..T_T . selamat membaca.!!
Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya...
pelajar: guru, apakah erti cinta..?bagaimanakah saya boleh mendapatkannya...?
guru: ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana. berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.
pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.
guru bertanya: mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?
pelajar menjawab: saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.
gurunya menjawab: ye, itu lah cinta...
dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan...?
guru: ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.
pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.
maka gurunya pun bertanya: mengapa kamu memotong pohon seperti ini....?
pelajar itu menjawab: sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya...
maka guru itu menjawab: itulah perkahwinan.......
tamat....
==============
Kesimpulannya, usahlah terlalu memilih cinta, ditakuti anda akan terlepasnya, dan janganlah terlalu memilih jodoh, terimalah pasangan anda dengan seadanya. Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Setiap insan pasti ada kelebihan dan kekurangannya. Hargailah ia yang ada didepan mata kita.
p/s - baru ila terfikir bila dapat email dari penulis tu. now i must think positif...
c u next post... =D
Tuesday, February 22, 2011
Date : 12/13 fEB 2010
Para-para sakura terlibat : ct, nana, apek , acai, epul naim, jepon.




*timE yang buat ketawa berdekah-dekah antara kami hahaha ada ke patut "bro" tu campak sumenya secara mengejut tengah2 laut nun hahahaha masing-masing dah pucat muka belaka disebabkan oleh terkezut hahahaha. kowang para-para sakura sekalian kelako seh time ni , lepas ni boleh pegi lagi cam gini taw.


*I like this pic .. hihihi. terIMA Kasih untuk cik ct yang pandai snap pic ni..kamu boleh jadi photographer lepas ini. hihi =)



*Santapan malam yang tak seberapa sedap , tomyam , ikan 3 rasa ,Ikan bakar yang tak berupa ikan bakar . makcik ni bukan ikan bakar ni ikan stim namanya.atoi makcik kedai ni ikan bakar gan ikan stim pun tarak tau beza masak ka! dah takmo pegi lagi kedai ni .

*santapan yang telah dihabiskan oleh para-para sakura diatas hahaha akibat dari kelaparan yang melampau walaupun ikan bakar yang tidak memuaskan hati oleh para-para sakura sekalian.



p/s -buat kowg .. nnti moh kiter g lg tmpt len plak eh buleh ajak gmai-gmai LG yek bagi menceriakan suasana gelak ketawa. hihiihi....

